Dukacita dimaklumkan bahawa Pengarah JKR Kelantan Dato' Zulkefli Ahmad telah kembali ke Rahmahtullah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jeli pada hari ini ketika lawatan bersama TKPKR (Sektor Bisnes) Dato' Ir. Hj. Mohamed bin Husin dan pegawai JKR Kelantan yang lain. Bersamalah kita menyedekahkan surah Al-Fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin
Cawangan Kejuruteraan Jalan & Geoteknik (CKJG) telah menganjurkan mesyuarat Jurutera Awam peringkat CKJG Bil1/2010 bertempat di Avvilion Admiral Core, Port Dickson. Mesyuarat yang diadakan dari 21 hingga 23 Mei 2010 telah dihadiri hampir semua jurutera CKJG.